home

15 January, 2011

TIADA HUKUM KHUSUS BERSANGGUL TINGGI BAGI YG BERTUDUNG..

petikan nih dr suratkhabar metro,Jumaat,14 Januari 2011 bawah kolum fikrah Dr Salam oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri~ade menyatakan hadis:
Rasullullah bersabda:"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman,kaum lelaki yang menunggang sambil duduk diatas pelana,lalu mereka turun didepan pintu-pintu masjid.Wanita-wanita mereka(isteri mereka atau anak perempuan)berpakaian tetapi seperti bertelanjang(nipis da ketat).Diatas kepala mereka pula(wanita)terdapat bonggolan(sanggul atau tocang)seperti bonggolunta yang lemah gemalai.Oleh itu laknatlah mereka semua.Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."(Riwayat Ahmad)

Seterusnya."Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan wanita dan wanita yang berpakaian seperti bertelanjang,menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok,kepala mereka ada suatu seperti bonggol dikepala unta yang bergoyang-goyang.Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."
Hadis ini perlu difahami secara umum dan dalam konteks tertentu seperti diatas.Ia bukan boleh dijadikan asas hukum wanita bersanggul tinggi semata-mata.

Hukum bersanggul bagi wanita pula tiada larangan khusus mengenainya.DENGAN KATA LAIN,IA MASIH DIBENARKAN APABILA MEMENUHI SYARAT BERPAKAIAN BAGI WANITA ITU BERADA BUKAN BERSAMA MAHRAM DAN DI LUAR RUMAH SEPERTI MENUTUP AURAT,TIDAK MENAMPAKKAN TUBUH BADAN (TIDAK KETAT)DAN TIDAK MENARIK PERHATIAN RAMAI.



So,maksud kt sini mcm kite bertudung menampakkn sanggul tggi tuh xde hukum khusus slagi  kite xbuka aurat,melainkan pakai tudung tp pakai ketat2,nipis2,nmpak susuk badan..dan juga menggambarkan org yg xbertudung bersanggul itu baru ade hukum yg khusus...haaa....gitu..kalo rs sahih ngn statement nih,,selak2la sket newspaper METRO...seperti dinyatakan kt atas~


walaupon aku nih bukan jenis yg ikut style sanggul2 nih,tp aku still la ikut perkembangan tentang nih..sesaperh yg bace nih terpulang bagaimana persepsi anda tentang bende nih..okeyhhhh.